Thursday, February 24, 2011

BBQ

Assalamualaikum.....^_^

hmm..tajuk kali ni just BBQ...tapi ia bawa big meaning padaku.
*di rumah Prof Amran:)
      
  pertama sekali aku memenuhi undangan pensyarah,beliau ajak satu studio untuk makan2 kat rumah beliau (150211)hari yg sama dgn maulud Nabi.memang best la dapat melawat rumah pensyarah yang sedang mengatur langkah kami untuk jadi seorang arkitek ni*insyaAllah.macam yang aku jangkakan rumah lecturer kami mmg bersih,cantik dan sistematik. sangat seronok,,dan jadi kenangan yang takkan dilupakan dalam sem 2 ni ^^
      
         sesi BBQ yang kedua time Archiday,dalam minggu Archifest (190211)...lunch,kami kena bakar ayam sendiri...mmg bgus la idea bakar BBQ sendiri..bak kata,,nak makan,masak la..!hehehe kami pun bakar la...seronok seyesly even baju bau asap hehe

         BBQ yang ketiga ni(240211) lain macam skit nak cite....kali ni dianjurkan oleh studiomates aku sendiri,dorg buat kat rumah sewa dorg,,yang tak sedapnye buat kat rumah lelaki dan malam hari...seyesly dengar memang takkan pergi nye la.tapi nak dijadikan cerita masa nak ambil wudhu' kat tandas,salah sorang studiomate aku tanya...nak pergi tak BBQ mlam ni??aku dengan konfidennya jawab tak pergi.
kawan tu cakap...dia risau sebab tak ramai yang pergi,tapi ayam yang dah siap diperap ada la dalam 20 ekor....tak banyak ke tu!

it's ended up aku tersangkut...terpaksala pegi jugak rumah studiomatesku itu. even buat kat rumah kaum adam,keadaan masih terkawal.oleh sebab sahabat baikku pun tukar plan dari nak buat kerja dia,dia sanggup pergi memenuhi jemputan tu,itu lah yang menguatkan aku untuk pergi sama.tambahan pulak sebelum pergi aku ada tnya pndapat sahabat2 yang berpengetahuan... akhirnya aku pergi dengan niat penuhi jemputan.apa2 pun kita serah pada Allah untuk menilai.wallahualam-_-

Wednesday, February 23, 2011

KLANG trail.....yosh!

Assalamualaikum^_^

bile lecturer ckap nak buat trail ke Klang,dalam benakku yang terdalam..."apa yang ada kat Klang tu..bukan ada apa sangat pun".Aku pernah tinggal di Taman Sri Andalas,Klang selama setahun,dan aku merasakan Klang yang dikenali sbagai Bandar diRaja tidak punyai apa-apa kelebihan untuk diterokai dgn mata hati kami anak-anak Archi yang baru nak blajar ni.

berikut adalah jadual perjalananku menerokai dunia Klang(270111):-

  • 9.12a.m ~sampai di stesyen komuter Padang Jawa dari UiTM Shah Alam.
  • 9.33a.m ~sampai di stesyen komuter Klang dan mendengar taklimat ringkas dari para lecturer.
  • 10.00a.m~Galeri diraja Sultan Abdul Aziz. 
  • 11.00a.m~Masjid India Klang
  • 11.15a.m~The little India
  • 11.30a.m~Gedung Raja Abdullah
  • 11.50a.m~Sungai Klang
  • 12.10p.m~Pasar Jawa
  • 12.20p.m~Masjid Bandar Diraja
  • 12.40p.m~kembali ke Galeri Diraja untuk dengar taklimat kedua dari para lecturer.mereka menekankan kami supaya menjadi seorang yang lebih sensitif dan peka.
  • 2.45p.m~sampai di Masjid Sultan Suleiman...setelah jauh berjalan dan penat mencari,sebab Masjid ini terletak jauh sedikit dari kawasan yang kami lawat sebelum sampai ke masjid Sultan Suleiman ini.kami solat zohor di masjid ni.
  • 5.05p.m~makan di restoran.aku baru tersedar yang aku langsung tak makan ap2 lagi pd hri tu..berjalan di sekitar Klang sangat mengasyikkan,,mungkin!
  • 6.00p.m~pulang ke Padang Jawa dari stesyen komuter Klang.
Begitu la hari trail kami berakhir.walaupun tak  dapat lawat semua tempat sperti yg tersenarai oleh lecturer.

Hari itu benar2 membuka mataku...bukan sekadar mata,,malah mata hatiku..aku kini mula memandang dunia dengan mata hatiku....mungkin ini langkah awal untuk aku menjejaki dunia senibina barangkali^_^
           

    Wednesday, January 12, 2011

    ni kenangan pahit atau manis??? pArT satu

    Assalamualaikum w.b.t.

    haha..rasa nak tergelak bila fikir balik kenangan ni...saat SESAT di KUALA LUMPUR.

    Petang Rabu yang mendung aku bercadang nak balik ke rumah,orang lain sibuk ada class weekdays cenggini aku pulak sebaliknya...tambah seronok Khamis esoknya pon tak ada kelas..see,betapa budak Architecture macam aku ni banyak masa senggang yang patut diisi dengan aktiviti mengasah dan memantapkan skill melukis dan mengkreatifkan diri!

    mulanya aku sent mssge pd ayah untuk inform yang aku nak naik public transport tuk balik rumah..ayah tak reply pon mssge tu..mungkin dia ok dgn itu!

    senanye ni kali ke2 aku nak balik naik public transport tapi...1st time g sensorg...alangkah beraninya aku ishh..ishh ishhh

    aku pon naik la bas rapid 603 mnuju ke sksyen 2 tuk naik bas lain yang menuju ke KL Central.
    *detik2 SESAT sorg2
    T.T"
    smpai di sksyn 2,aku duduk di bus stand...selalunya ada je bas yang dah menunggu tapi kali ni tak ada!... terpaksalah tunggu kekasihku rapidU80 yg sntiasa pakai bju kaler merah tu.

    rapidku pun sampai...nek2 bas...aku jadi gelisah..sebab nek sensorg kot..k x pe la..ak pon trus la layan kegelisahan tu....sampai satu tmpat ni,,aku jadi was2..."eh ni ke KL Central...???"kata hatiku..."tapi nape nmpak lain je ni???"...hari pulak makin gelap padahal baru pkul 5 lbih skit...ni suma pasal nak hujan hehehe

    aku pun turunlh even x sure...pelik jugak salu ramai yg akn turun dari rapid ble sampai kat KLCentral tpi kali ni aku sorg je trun..nape ek?

    aku pon g la naik tgkat ats tuk beli tiket KTM la kononnye...dgn konfiden yg agk kurg..aku ckp kat org yg jaga kaunter tu.."saya nak tiket ke Sg Buloh bole?"....org tu pon ckp.."mane ad tiket g Sg.Buloh"
    aku pon mula la nak cuak....aku yg malu ni pon g la dari kaunter tu dgn muka yg MALU+Bengong

    mane nye nak ada tiket Sg.Buloh...Putra mmg la x de..baruku tersedar rupanye aku dah tersalah turun kat stesyen Bangsar....aku yg cepat cuak n kecut perut ni pon trus menggelabah....call2 ayah pulak,, time ni la phone buat hal..dye x nak kluarkan sore ayh..aku sikit pun x blh nak dgr ap ayh cakap...apelaY.Y

    aku pon rasa nak nanges x tau nak buat ap...da la nak ujan lebat..Stesyen Bangsar pulak tu sunyi je... Aku pon g la duk kat satu ceruk yg agk sunyi...mulanye mcm nak kluarkan cecair dri mata,,tpi aku tepikir dari Bangsar bole je g KLCentral..kan kan kan...hahaha

    aku pon g la menebalkan muka jumpa org kat kaunter tiket tadi...
    "saya nak tiket g KL Central".
    "tapi x sampai Sg.Buloh la...."slumber je org yg jaga kaunter tu ckap...
    buat malu aku je.hadoi...

    cam tu la pengalamanku...mungkin bagi org lain mende ni bese je...tpi bagi aku yg slama ni x penah sensorg,,ni pngalaman besar buatku dan aku MALU+BANGGA ngn diriku hehehe ni la permulaan kedewasaan ku^_^

    Sunday, December 12, 2010

    walimatulurus

    Assalamualaikum w.b.t.h :)
    hmm biasa la musim cuti sekolah,byk pasangan yg mengikat tali pernikahan..Allhamdulillah.
    aku turut menunaikan kewajibanku untuk memenuhi undangan.
    tahukah kalian dgn hanya menghadirkan diri ke walimatulurus kita beroleh ganjaran pahala,namun jika kita mengendahkan tuntutan itu...kita sebenarnya telah mengundang kemurkaan Allah kerana memenuhi undangan itu hukumnya wajib!
    apa yang dikesalkan kini,masyarakat semakin memandang enteng akan tuntutan ini..seterusnya mengabaikan "hablum minan nas" yang membawa kepada rosaknya "hablum minannallah".
    wallahualam.

    Friday, December 10, 2010

    Inilah hasilnya!

    Assalamualaikum.

    Hari ini  result untuk semester 1 keluar.Aku amat sedih dan kecewa...aku sangat berharap sekurang-kurangnya semester 1 boleh la nak dapat dekan,tapi apa yang dihajati tak kesampaian!
    tapi,bila difikirkan balik result ku ini padan la dengan usahaku yang tak seberapa dulu.
    walau ap pun aku bersyukur kepada yang Maha Memiliki kerana apa pun yang Dia kurniakan buatku pasti ada hikmahnya..ya itu yang pasti!

    gambarremasu!